Selamat Datang Ke Blog Unit Psikologi & Kerjaya PMS

Thursday 20 December 2012

Tip Menghilangkan Rasa Marah

* Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita. 

*  Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 

*  Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 

*  Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 

*  Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah. 

*  Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 
*  Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. 

*  Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 

*  Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. 

No comments:

Post a Comment

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA PMS © 2012