Selamat Datang Ke Blog Unit Psikologi & Kerjaya PMS

Sunday 30 December 2012

Melatih Diri Bersangka Baik

Ini sedikit perkongsian dari saya untuk sama-sama kita melatih diri supaya sentiasa bersangka baik..
Sebenarnya masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.
Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.

Thursday 27 December 2012

Langkah Pemilihan Kerjaya

Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips dalam pemilihan kerjaya. Semoga ia memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada para pelajar PMS:

  1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati dan disukai.
  2. Kerjaya yang dipilih hendaklah sesuai dengan kelayakan dan kemahiran anda.
  3. Kerjaya tidak seharusnya datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan.
  4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba seperti bermain komputer 'trial-error' kerana merugikan masa, tenaga dan wang ringgit.

Apa Perlu Buat Jika STRESS??

1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.

2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.

3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatupekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.

Nasihat- Menasihati

NASIHAT menasihati dan berpesan ke arah kebaikan sudah menjadi budaya hidup manusia. Namun, dalam Islam, nasihat memang tidak dapat dipisahkan daripada ajarannya kerana Islam adalah al-Din yang bercirikan nasihat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)

Thursday 20 December 2012

Tip Menghilangkan Rasa Marah

* Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita. 

*  Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 

*  Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 

*  Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 

*  Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah. 

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA PMS © 2012