Ø
Resume
adalah merupakan perantaraan bertulis yang mengandungi maklumat peribadi,
kelayakan akademik, kelebihan diri, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara
penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.
Penyediaan Resume Berkesan:
1. Menyatakan jawatan yang dipohon
- Untuk memudahkan majikan mengenalpasti jawatan
yang dipohon oleh anda.
2. Maklumat yang relevan dengan jawatan
-Hanya nyatakan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja. Maklumat yang tidak relevan akan
menyebabkan resume anda menjadi terlalu panjang dan majikan sukar untuk mencari
maklumat yang di perlukan.
3. Menonjolkan kebolehan dan pencapaian anda.
-Untuk meyakinkan pihak majikan bahawa anda
mempunyai kebolehan dan layak untuk dipanggil temuduga.
4. Padat dan mudah difahami.
-Gunakan ayat yang ringkas dan terus kepada
maksud bagi menjimatkan masa majikan.
5. Kreatif tetapi jujur.
-Penyediaan resume yang kreatif akan menarik
minat majikan untuk membacanya.
-Jangan memberi maklumat palsu.
Kesilapan Yang Perlu
Dielakkan Dalam Penyediaan Resume :
1. Salah ejaan dan tatabahasa
l Secara tidak langsung menggambarkan anda
seorang yang tidak teliti dan tidak cermat.
2. Alamat sementara dan nombor telefon yang tidak
tetap/ berubah
l Gunakan alamat yang tetap bagi memudahkan
urusan surat menyurat. Digalakkan menyertakan sekali nombor talian telefon
tetap jika ada bagi memudahkan majikan menghubungi anda.
3. Gambar tidak sesuai
l Ada calon menggunakan gambar yang tidak sesuai
seperti berlatarbelakangkan pemandangan dan lain-lain lagi. Calon dinasihatkan
meletakkan gambar terkini bersaiz passport yang berpenampilan kemas.
4. Melipat resume
l Jangan
lipat resume anda. Resume yang telah berlipat menyebabkan majikan sukar untuk
membuka dan membacanya. Gunakan sampul surat yang bersesuaian dengan saiz
kertas resume.
5. Menggunakan sampul surat terpakai
l Tidak
digalakkan menggunakan sampul surat terpakai. Jika ingin menggunakannya, semak
dahulu untuk memastikan tiada dokumen-dokumen lain yang sedia ada dalam sampul
tersebut.
MAKLUMAT YANG
PERLU ADA DALAM RESUME
1. MAKLUMAT PERIBADI
-Nama penuh
-Alamat tetap atau alamat untuk dihubungi
-No telefon (digalakkan menggunakan nombor
talian tetap)
- No kad pengenalan
-Gambar berukuran pasport
-E-mail
2. MAKLUMAT PENDIDIKAN
-Maklumat pendidikan
tertinggi perlu dinyatakan dahulu
3. SENARAI AKTIVITI LUAR
-Seperti sukan atau persatuan
- Memberi maklumat yang relevan dengan jawatan yang
dipohon sahaja.
4. PENGALAMAN KERJA
-Nyatakan pengalaman
serta tonjolkan pencapaian anda semasa menjawat jawatan terdahulu.
5. KEMAHIRAN /LATIHAN YANG DIPEROLEHI
-Nyatakan latihan
yang telah diperolehi bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
6. FOKUS KERJAYA
-Nyatakan bidang
yang dipohon secara lebih khusus. Contohnya: Jawatan Pegawai IT, khusus dalam
bidang Pengaturcaraan atau Networking.
7. KEJAYAAN
-Anugerah pernah
diterima yang relevan dan yang berkaitan.
8. KEKUATAN
-Nyatakan kredibiliti yang dimiliki seperti
kepimpinan, fleksibiliti, motivasi diri, boleh bekerja secara berpasukan.
Secara tidak langsung boleh mempengaruhi majikan untuk memilih anda.
9. GAJI DIPOHON
-Sila nyatakan gaji yang dipohon sekiranya
diminta.
1 10. RUJUKAN
-Pihak-pihak yang mengenali anda dan boleh
memberi maklumat positif tentang anda seperti institusi pengajian, bekas
majikan atau tokoh-tokoh berpengaruh dikawasan anda.
COVER LETTER
Ø Jika resume
adalah ringkasan dari kelayakan anda, “cover letter” atau dalam bahasa
melayunya adalah surat pengantar adalah dimana fungsinya untuk menyatakan
kualiti yang terbaik yang dimiliki bagi melayakkan anda dengan jawatan yang
ditawarkan.
Ø Pada
kebiasaannya, “cover letter” akan menceritakan mengenai perkara-perkara yang
tidak dapat diselitkan di dalam resume seperti minat anda terhadap kerja yang
ditawarkan dan kelebihan-kelebihan anda yang lain.
Ø “cover letter”
juga merupakan pembuka kata yang menggambarkan diri anda sebelum majikan
meneliti resume.
Ø Ia juga sebagai
menunjukkan bahawa anda telah bersedia untuk memegang jawatan yang ditawarkan
dan berfungsi sebagai satu kesempatan untuk memperkenalkan diri.
Ø Ia juga
merupakan satu langkah pertama untuk menarik perhatian majikan mengenai
personaliti anda dan seterusnya lebih
membuatkan majikan merasa teruja untuk membaca resume anda.
No comments:
Post a Comment