Selamat Datang Ke Blog Unit Psikologi & Kerjaya PMS

KENALI UPK


PENGENALAN

Unit Psikologi & Kerjaya  Politeknik Muadzam Shah (UPK PMS) merupakan unit yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam membangunkan modal insan khasnya kepada pelajar dan kakitangan PMS supaya dapat melahirkan graduan dan pekerja yang berkualiti dari aspek fizikal, emosi dan spiritual.

Pembangunan modal insan ini meliputi beberapa aspek iaitu:

1)    Perkembangan – merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pelajar/kakitangan selaras dengan objektif dan matlamat organisasi.

2)    Pencegahan – menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan PMS melahirkan pelajar/kakitangan yang berkualiti melalui penggunaan ujian psikologi, pembimbing rakan siswa dan kaunseling.

3)    Pemulihan – merancang dan melaksanakan program psikologi untuk mempertingkatkan keupayaan mengurus minda, emosi, sikap dan tingkah laku melalui kaunseling atau terapi.

Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Psikologi & Kerjaya, 6 orang Penyelaras Psikologi & Kerjaya Jabatan yang dilantik oleh ketua jabatan masing-masing serta seorang Pembantu Am Pejabat.


BORANG TEMU JANJI

Pelajar-pelajar PMS khususnya boleh mendapatkan BORANG TEMUJANJI SESI KAUNSELING melalui Portal PMS seperti di link tersebut:




MASA PERKHIDMATAN

HARI
PAGI
PETANG
ISNIN
8.00 – 1.00 PM
2.00 – 5.00 PM
SELASA
8.00 – 1.00 PM
2.00 – 5.00 PM
RABU
8.00 – 1.00 PM
2.00 – 5.00 PM
KHAMIS
8.00 – 1.00 PM
2.00 – 5.00 PM
JUMAAT
8.00 – 12.00 PM
3.00 – 5.00 PM

No comments:

Post a Comment

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA PMS © 2012