Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips dalam pemilihan kerjaya. Semoga ia memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada para pelajar PMS:
- Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati dan disukai.
- Kerjaya yang dipilih hendaklah sesuai dengan kelayakan dan kemahiran anda.
- Kerjaya tidak seharusnya datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan.
- Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba seperti bermain komputer 'trial-error' kerana merugikan masa, tenaga dan wang ringgit.
- Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya dan kejayaan dalam kerjaya bukannya datang sekelip mata kerana ia perlu disusuli dengan sikap tabah, semangat, doa dan istiqamah.
- Pelbagai faktor harus diambil kira dalam membuat pemilihan kerjaya bukannya bergantung kepada faktor kewangan semata-mata.
- Sebelum membuat pemilihan kerjaya dapatkan maklumat secukupnya terlebih dahulu.
- Sila berjumpa dengan Pegawai Psikologi anda terlebih dahulu untuk mendapat maklumat terutamanya berkaitan minat kerjaya melalui UJIAN MINAT KERJAYA.
- Lakukan solat istikharah dan bertawakkal pada Allah disamping memohon restu ibu bapa supaya kerjaya kita direstui dan mendapat keberkatan-NYA.
No comments:
Post a Comment