Selamat Datang Ke Blog Unit Psikologi & Kerjaya PMS

Friday 4 January 2013

Mengisi Jiwa Dengan SQ

Lebih daripada 10 tahun dahulu kita telah disogok dengan perlunya IQ (Kecerdasan Minda). Kemudian kita juga diperkenalkan dengan EQ (Kecerdasan Emosi). Ini adalah kerana apabila kita disogok dengan perlunya IQ, masyarakat telah lupa bahawasanya pentingnya mengurus emosi. Sehinggakan golongan interlektual dan golongan mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak lagi mementingan dan menjaga emosi orang di sekitarnya. Oleh sebab itu, wujudnya EQ. Tetapi kita masih lagi merasakan diri kita tidak lengkap walaupun diri kita telah dilengkapi dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi). Ramai yang mengatakan mereka masih lagi memerlukan sesuatu untuk diri mereka.
Sebagai pelengkap hidup ini, satu lagi elemen telah ditambah untuk memastikan hidup kita tidak lagi kosong. Rupanya selama ini, kita hanya mengejar duniawi tanpa menyedari bahawa pentingnya kita mengejar akhirat. Kita telah disogokkan dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi), tetapi itu semua bertunjalkan duniawi. Walhal kita tahu akan wujudnya alam akhirat. Oleh itu, sebagai pelengkap dan pengimbang antara dunia dan akhirat kita telah diperkenalkan dengan SQ (Kecerdasan Spritual). SQ ialah satu elemen yang membawa kita dekat dengan pencipta kita dan seterusnya memberi kita jaminan untuk kita bahagia di akhirat. SQ telah dianggap elemen yang menyelamatkan dan mengisi kekosongan yang selama ini dikecapi oleh masyarakat kita hari ini. Sebab itu, Allah memberi jaminan melalui firmanNya di dalam Al-Quran maksudnya ''iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram'' (surah Al-Ra'ad 13:28).

No comments:

Post a Comment

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA PMS © 2012