Selamat Datang Ke Blog Unit Psikologi & Kerjaya PMS

Tuesday, 17 December 2013

7 Tips Motivasi Pagi


1. Bersyukur.
2. Tekad Bermotivasi (pasang niat)
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi (luang masa 3-5 minittonton tv, dengar radio dll).
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri (setkan tugas apa yang perlu dibuat hari ini)
6. Lihat Warna Cerah
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan (maafkan semua orang)

Wednesday, 29 May 2013

ADAB - ADAB MEMBERI NASIHAT



1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa
disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.


2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

Sunday, 12 May 2013

TIPS PENYEDIAAN RESUME BERKESAN


Ø  Resume adalah merupakan perantaraan bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kelebihan diri, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.
 Penyediaan Resume Berkesan:
1. Menyatakan jawatan yang dipohon
- Untuk memudahkan majikan mengenalpasti jawatan yang dipohon oleh anda.
2. Maklumat yang relevan dengan  jawatan
-Hanya nyatakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja. Maklumat yang tidak relevan akan menyebabkan resume anda menjadi terlalu panjang dan majikan sukar untuk mencari maklumat yang di perlukan.
3. Menonjolkan kebolehan dan pencapaian anda.
-Untuk meyakinkan pihak majikan bahawa anda mempunyai kebolehan dan layak untuk dipanggil temuduga.
4. Padat dan mudah difahami.
-Gunakan ayat yang ringkas dan terus kepada maksud bagi menjimatkan masa majikan.
5. Kreatif tetapi jujur.
-Penyediaan resume yang kreatif akan menarik minat majikan untuk membacanya.
-Jangan memberi maklumat palsu.

Sunday, 6 January 2013

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya Masa Kini

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

Friday, 4 January 2013

Mengisi Jiwa Dengan SQ

Lebih daripada 10 tahun dahulu kita telah disogok dengan perlunya IQ (Kecerdasan Minda). Kemudian kita juga diperkenalkan dengan EQ (Kecerdasan Emosi). Ini adalah kerana apabila kita disogok dengan perlunya IQ, masyarakat telah lupa bahawasanya pentingnya mengurus emosi. Sehinggakan golongan interlektual dan golongan mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak lagi mementingan dan menjaga emosi orang di sekitarnya. Oleh sebab itu, wujudnya EQ. Tetapi kita masih lagi merasakan diri kita tidak lengkap walaupun diri kita telah dilengkapi dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi). Ramai yang mengatakan mereka masih lagi memerlukan sesuatu untuk diri mereka.
HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA PMS © 2012