Selamat Datang Ke Blog Unit Psikologi & Kerjaya PMS

Sunday 12 May 2013

TIPS PENYEDIAAN RESUME BERKESAN


Ø  Resume adalah merupakan perantaraan bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kelebihan diri, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.
 Penyediaan Resume Berkesan:
1. Menyatakan jawatan yang dipohon
- Untuk memudahkan majikan mengenalpasti jawatan yang dipohon oleh anda.
2. Maklumat yang relevan dengan  jawatan
-Hanya nyatakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja. Maklumat yang tidak relevan akan menyebabkan resume anda menjadi terlalu panjang dan majikan sukar untuk mencari maklumat yang di perlukan.
3. Menonjolkan kebolehan dan pencapaian anda.
-Untuk meyakinkan pihak majikan bahawa anda mempunyai kebolehan dan layak untuk dipanggil temuduga.
4. Padat dan mudah difahami.
-Gunakan ayat yang ringkas dan terus kepada maksud bagi menjimatkan masa majikan.
5. Kreatif tetapi jujur.
-Penyediaan resume yang kreatif akan menarik minat majikan untuk membacanya.
-Jangan memberi maklumat palsu.
Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Penyediaan Resume :

1. Salah ejaan dan tatabahasa
l                  Secara tidak langsung menggambarkan anda seorang yang tidak teliti dan tidak cermat.

2. Alamat sementara dan nombor telefon yang tidak tetap/ berubah
l           Gunakan alamat yang tetap bagi memudahkan urusan surat menyurat. Digalakkan    menyertakan sekali nombor talian telefon tetap jika ada bagi memudahkan majikan menghubungi anda.

3. Gambar tidak sesuai
l           Ada calon menggunakan gambar yang tidak sesuai seperti berlatarbelakangkan pemandangan dan lain-lain lagi. Calon dinasihatkan meletakkan gambar terkini bersaiz passport yang berpenampilan kemas.

4. Melipat resume
l       Jangan lipat resume anda. Resume yang telah berlipat menyebabkan majikan sukar untuk membuka dan membacanya. Gunakan sampul surat yang bersesuaian dengan saiz kertas resume.

5. Menggunakan sampul surat terpakai
l       Tidak digalakkan menggunakan sampul surat terpakai. Jika ingin menggunakannya, semak dahulu untuk memastikan tiada dokumen-dokumen lain yang sedia ada dalam sampul tersebut.

MAKLUMAT YANG PERLU ADA DALAM RESUME

1.      MAKLUMAT PERIBADI

-Nama penuh
-Alamat tetap atau alamat untuk dihubungi
 -No telefon (digalakkan menggunakan nombor talian tetap) 
 - No kad pengenalan
 -Gambar berukuran pasport
 -E-mail
2.      MAKLUMAT PENDIDIKAN
 -Maklumat pendidikan tertinggi perlu dinyatakan dahulu
3.      SENARAI AKTIVITI LUAR
  -Seperti sukan atau persatuan
 - Memberi maklumat yang relevan dengan jawatan yang dipohon sahaja.
4.      PENGALAMAN KERJA
 -Nyatakan pengalaman serta tonjolkan pencapaian anda semasa menjawat jawatan terdahulu.
5.      KEMAHIRAN /LATIHAN YANG DIPEROLEHI
 -Nyatakan latihan yang telah diperolehi bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
6.      FOKUS KERJAYA
  -Nyatakan bidang yang dipohon secara lebih khusus. Contohnya: Jawatan Pegawai IT, khusus dalam bidang Pengaturcaraan atau Networking.
7.      KEJAYAAN
  -Anugerah pernah diterima yang relevan dan yang berkaitan.
8.      KEKUATAN
-Nyatakan kredibiliti yang dimiliki seperti kepimpinan, fleksibiliti, motivasi diri, boleh bekerja secara berpasukan. Secara tidak langsung boleh mempengaruhi majikan untuk memilih anda.

9.      GAJI DIPOHON
 -Sila nyatakan gaji yang dipohon sekiranya diminta.

1         10.  RUJUKAN
 -Pihak-pihak yang mengenali anda dan boleh memberi maklumat positif tentang anda seperti institusi pengajian, bekas majikan atau tokoh-tokoh berpengaruh dikawasan anda.


COVER LETTER
Ø  Jika resume adalah ringkasan dari kelayakan anda, “cover letter” atau dalam bahasa melayunya adalah surat pengantar adalah dimana fungsinya untuk menyatakan kualiti yang terbaik yang dimiliki bagi melayakkan anda dengan jawatan yang ditawarkan.
Ø  Pada kebiasaannya, “cover letter” akan menceritakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat diselitkan di dalam resume seperti minat anda terhadap kerja yang ditawarkan dan kelebihan-kelebihan anda yang lain.
Ø  “cover letter” juga merupakan pembuka kata yang menggambarkan diri anda sebelum majikan meneliti resume.
Ø  Ia juga sebagai menunjukkan bahawa anda telah bersedia untuk memegang jawatan yang ditawarkan dan berfungsi sebagai satu kesempatan untuk memperkenalkan diri.
Ø  Ia juga merupakan satu langkah pertama untuk menarik perhatian majikan mengenai personaliti anda dan seterusnya lebih  membuatkan majikan merasa teruja untuk membaca resume anda.

No comments:

Post a Comment

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA PMS © 2012